Peristiwa Hijrah & Abu Ayyub Al-Ansari



#SeerahAbuAyyub1

Kisah pemuda yang berumur 20 tahun syahid di Turki, Arwah Ammar.
Kisah kematian yg MENGHIDUPKAN jiwa-jiwa syabab yg masih terlena. Dimakamkan pula bersama sahabat nabi Abu Ayyub Al-Ansari.
eh?siapa sahabat nabi tu?

ABU AYYUB AL-ANSARI?
siapa tu?

Bibit perkenalan Rasulullah SAW dengan Abu Ayub Al-Ansari sangat chomel ^_^. Ianya bermula ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah,
adik-adik yg dengar Alam Ria Si Kecil Ikim.Fm ingat x? Kak Aisyah ade cerita pasal PERISTIWA HIJRAH beberapa minggu lepas.

Dalam kisah tu ade cerita pasal bertapa gembiranya orang-orang Ansar di Madinah nk sambut kedatangan Nabi. Semua buat THE BEST PREPARATION EVER, he was greeted with great enthusiasm by the Ansar of Madinah. and hopefully ... baginda ingin singgah dan bermalam di rumah mereka. After his first stopped at Quba on the outskirts of Madinah and stayed there for some days. The first thing he did was to build a mosque which is described in the Quran as the "mosque built on the foundation of piety (taqwa)". (Surah At-Tawhah 9: 1O8).

Nabi SAW memasuki kota Madinah dengan menunggang untanya. Seorang demi seorang berdiri di jalan yang dilalui oleh unta baginda. Mereka semua berkata:

“Tinggallah bersama kami, hai Rasulullah.”

Rasulullah SAW akan menjawab:

“Biarkanlah unta ini berjalan semahunya.”

Unta terus berjalan melenggang seenaknya. Orang banyak mengiringi di belakang. Mereka ingin tahu siapa yang beruntung rumahnya ditempati tamu dan kekasih yang mulia ini.

Guess what? di halaman rumah ABU AYYUB AL-ANSARI unta itu berlutut. 






#SeerahAbuAyyub2

zaman dulu mana panggil malaysia..dulu panggil tanah melayu, Malaya.
zaman dulu mana panggil Istanbul..dulu panggil Constatinople.
sebelum dipanggil Madinah..di panggil Yathrib.
--------------------------------------------------------------------
Dilaporkan selepas selesai menggali parit di dalam perang Khandaq, Rasulullah bersabda:

لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير أميرها ولنعم الجيش ذلك الجيش

Kamu akan membuka kota Constantinople, (di tangan) sebaik-baik pemerintah itulah pemerintah pada waktu tersebut, dan juga sebaik-baik tentera ialah tentera pada waktu tersebut (yang membebaskan Constantinople).




Sahabat nabi yang sudah tentu kenaifan TERCENGANG apabila mendengar sabda nabi Muhammad tersebut. Bagaimana mungkin tentera Islam dari kawasan kering kontang TANPA TAMADUN di Semenanjung Tanah Arab, mampu untuk menawan kuasa besar dunia ketika itu iaitu kerajaan Byzantine? Sungguh besar visi atau janji yang dilancarkan oleh nabi Muhammad SAW.

Lalu ramailah pewaris nabi yang cuba untuk melaksanakan visi atau menagih janji tadi. Antaranya ialah Abu Ayyub al-Ansari yang cuba membebaskannya semasa pemerintahan Bani Umayyah.




Ketika itu umur beliau sudah mencecah 81 tahun. Meskipun tua, tapi Abu Ayub tetap berkeras untuk berangkat kerana dia berharap untuk merebut janji Rasulullah SAW sebagaimana tersebut dalam Hadis baginda: “Konstantinople akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.”

Comments

Popular Posts