pernah rasa? ini cerita tipikal orang jahat rindu tuhan tapi malu untuk jumpa dia dalam compang camping.


~ Tahu lirik ~


verse:
dan kau tanya dalam diam,
dengan mata kau biar pejam;
bagaimana mungkin wujud sunyi
di riuh engkau berdiri?

pre-chorus:
satu-persatu hilang ertinya,
berdikit2 menyesak dada,
mahu kau lari dan bersembunyi,
tapi mana kau harus pergi?

chorus:
haus--
tak terpuas lautan,
lapar tak terkenyangkan;
kau tau--
namun tak kau akukan.

pre-chorus:
kau selongkar bumi langit petala,
sedang jawabnya lama kau ada.
maka perlu apa kau bongkargali,
kalau cuma diletak tepi?

chorus:
sayu--
tak terjelas fikiran,
rebah tak tersambutkan;
kau tau--
namun tak kau akukan.

bridge:

apa kau cari yang sebetul2nya?
lama mana begini
--bertelanjang jiwanya?

haus--
tak terpuas lautan,
lapar tak terkenyangkan;

kau tau.

sayu--
tak terjelas fikiran,
rebah tak tersambutkan;

kau tau.

kau tau.
kau sayu.
kau rindu;

--sama tuhan.



Comments

Popular Posts